Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

KIR move foward



Attention!!!

KIR ada Community Network a.k.a Social Network. join jak. Its Free!!! register jak.
tok link nya..... http://kuchingindierebels.com

dalam nya ada berita pasal gig, music, dapat upload music n picture. More to come.. any suggestion would be appreciated tq!!! please check it out!!!

Saturday, October 23, 2010

KIR FOOTBALL UNITED


Kuching Indie Rebel main bol.Kamek orang akan masuk liga Petra Giant . kelak update gik. Info tok lom update gilak . sebagai Underdog! Support us fellow REBEL. KAMI AKAN BERJUANG HABIS HABISAN!!!!!!YYYEAAAAAAAAAAARGHHHHHHHHHHHHHhhhhh!!!!

post by KOJEX....

Sunday, September 26, 2010

Silwayd EP OUT NOW!! Limited !!



SilwaydSilwayd - Dunia Kimia
Release Date: 23 September 2010
RM12 + post charge.

Tempahan untuk CD Silwayd - Dunia Kimia boleh dibuat dengan menghubungi
Adim Alibaba di talian +60176049956 atau hantarkan detail anda (Nama
Penuh, Alamat, No. Telefon) ke email ini: adimalibaba@gmail.com
Sila buat pembayaran melalui bank transfer.
bank: MAYBANK , name: MOHAMMAD ADHIM ALIBABA, acc. no: 111039154964

Hurry!! Buy now while stock last..

Monday, August 9, 2010

K.I.R Ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat2 islam dalam melakukan Ibadat Berpuasa

PENGERTIAN PUASA


Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha

Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

RUKUN PUASA


Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

Imsak

Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

Orang yang berpuasa


Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Puasa dan Seks Di Bulan Ramadan

Agak ramai pesakit saya bertanya - Apakah seks itu harus dihentikan sepanjang bulan ramadan ?

Ramai umat Islam diseluruh dunia menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan dan berebut-rebut nak buat ibadat dibulan Ramadan, konon untuk mendapatkan pahala yang berganda. Begitu juga kaum ibu turut mengejar pahala ibidat di bulan Ramadan.

Ya niat kaum ibu itu amat besar untuk mengejar pahala di bulan puasa atau bulan ramadan. Malah kaum ibu harus sedar bahawa "pahala' yang diperolehi berlipat kali ganda itu bukan hanya buat ibadah puasa sahaja, malah apa-apa amalan lain juga turut mendapat pahala yang berlipat seperti memasak untuk suami dan keluarga berbuka, imsyak, makan minum anak-anak, mengurus rumah tangga dan lain-lain tugasan rumah berupakan pahala yang besar, khusunya di bulan ramadan.

Tiba Waktu Malam

Suami mengejar Ibadah Sunat Terawih

Isteri juga tidak ketinggalan mahu pahala yang banyak dibulan ramadan - katanya hanya sekali dalam setahun !!

Satu ketika berlaku satu peperangan lalu dikumpulkan kaum muslimin untuk berperang melawan kafir, lalu datang sekumpulan wanita meminta izin dengan Rasulullah SAW katanya" Ya Rasulullah, tidak adil kaum lelaki, kamu panggil untuk berperang dan jika mereka mati, mereka menjadi syahid, mereka terus dimasukkan ke Surga, Ini tidak adil, Ya Rasululah, kami juga mahu pergi berperang dan mahu syahid juga."

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, " Wahai kaum ibu, ketahui oleh mu bahawa menjaga anak dirumah dan urusan rumah tangga juga di Fi Sabililah , dan pahalanya sama besar dengan suami mu yang pergi berjuang disisi Allah - Pahalanya sama dengan para Syuhada."

Sekarang Soal Hubungan Suami isteri Di Waktu malam Bulan Ramadan.

Si isteri mengejar-gejar pahala dan berlumba ke masjid konon untuk mendapatkan pahala yang banyak 'Solat Sunat Tarawih' sehingga terabai tugasan dirumah, anak-anak dirumah siapa yang membimbing nya ?

Benar, niat anda untuk mengumpulkan pahala amal ibadat kerana tidak mahu mesia-siakan keberkatan bulan ramadan. Sudah tentu niat anda itu tidak salah.

Tetapi bila pulang kerumah Jangan Abaikan Tugasan dan Tanggung Jawab anda terhadap Suami anda dalam hubungan kelamin atau seksual.

Kita sedia maklum bahawa di siang hari suami isteri dilarang berhubungan badan dan pada waktu malam mengejar ibadah sunnah solat terawih sehingga keletihan, tiadk ada mood, malas mengantuk dan menepikan hubungan seksual suami.

Ya, hai kaum ibu, ibadah puasa itu wajib dan ada lagi satu tanngungan jawab besar kamu yang wajib ditaati. Bila suami kamu mengajak kamu berhubungan badan, kamu tidak boleh menolaknya walaupun diatas unta ! Saya rasa ayat ini semua kita sudah ketahui bila menghadiri kursus kawin sebelum bernikah.

Kenapa kamu tidak menghayati hadis ini ?

Kenapa kamu mengutamakan satu ibadah sunnah sedangkan kamu mengabaikan satu lagi ibadah sunnah yang juga besar pahalanya iaitu hak suami isteri. Hak Allah wajib kita tunaikan diwaktu siang hari dan hak pasangan anda juga wajib kita tunaikan dalam hubungan suami isteri, diwaktu malam hari.

Jika kita mengumpulkan pahala dibulan ramadan, hubungan suami isteri waktu malam dibulan maradan juga memberi kita pahala.

Berdosa besar jika si isteri tidak melayan kehendak suami, kita khuatir 'kalau-kalau' pahala yang dibuat sia-sia kerana anda menepikan kehendak suami - itu kan juga ibadah.

Begitu juga sebaliknya.

Walaupun hanya sekadar hubungan suami isteri , seksual atau mesra-mesraan, namun kita harus ikhlas dalam melakukannya. Jika tidak sia-sia sahaja, pahala tidak dapat, malah berdosa dan yang dapat hanya letih semata-mata

Walahualam.

Semoga berpuasa & Selamat berpuasa! puasa jgn escape dari puasa :)


Friday, November 6, 2009

MEETING!!! MEETHING!!!

kepada semua Rebel n members, Sila beri kerjasama, kami rasa berbangga jika anda dapat hadir. cheers!!!

Wednesday, May 13, 2009

UPDATE LA LAGIK!!!!

CHILL AT THE PARK PADA ARI SABTU TOK,16 ARI BULAN LIMAK(16.5.09)ADA PERTANDINGAN KA-RA-OK,DANCE NGN SHUFFLE KAT PANGONG UDARA SIA.SAPA BERMINAT SHUFLE,MENARI ATAU ADA SUARA LUNAK SELUNAK SUARA "TOMOK" SILA LA KONTEK URG2 TOK UTK MASUK PERTANDINGAN TOK..
Ewen: +60146877872
Deedee: +60165760205
Abby:+60128970608

LEKAK YA,ARI SUNDAY TUJUH BELAS ARI BULAN LIMAK(17.5.2009),ADA PERTANDINGAN PERLAWANAN ANTARA BAND@BATTLE OF THE BAND.DENGA KU HADIAH UTAMA NYA RM500 KAKYA 5 JAM RECORDING SESSION.

SEMUA PROGRAM DI ATAS START KOL 2.00PETANG SAMPE 11 MALAM.


P/S : MASUK PERCUMA...YEY!!!

Friday, March 6, 2009

Battle Of The Band!!!!!!yah yah yah...

sori gamba poster tok kecik..haha

orite..pada bulan april akan diadakan lagi satu battle of the band..

-Open to all school and IPTA/IPTS students.
-performance time is 5 minute per band.
-songs in Malay or English
-max 6 member per band.
-all basic instruments are provided except for keyboard.
-Registration fees is Rm.70.00 per band
-closing date is 27th of march 2009.

so f you guys are interested and got a band of your own,grab this chance to show the people that you got talent and skills.to get the registration forms you can get it from :

-NUMERE UNO MUSIC HOUSE(KOTA SAMARAHAN)

-AUDIOWAVESTUDIO(SATOK)

-PLAYGROUND 7 MUSIC CENTER

For More Info or of you guys can't find the place to get the form from,call these guys :

1) Meza : 0168575029
2) R-peace : 0199955364
3) Matt : 0168762087

Tuesday, February 3, 2009

Pengumuman

Kepada band2 yg maok engkah *myspace, Amp, blog and apa2 jak lah, *termasok promo demo tak org, send jak ke email mek org, insyallah mek org akan tolong tak org promo2, padah2 juak ngan band2 lain yg mana sik tauk kewujudan blog tok.

*send jak info pasal band tak org kat email tok : kuchingindierebel@gmail.com

Saturday, January 31, 2009

Test no 2 mobile upload.


Harap bersabar tuan/puan/encik/cik pengunjung Kuching Indie Rebels sekalian.tok test pake mobile upload.

Harap dengan servis tok K.I.R dapat jadi lebih padat & berinformasi!

Terima kasih atas sokongan kitak.

Posted by ShoZu

Friday, January 30, 2009

Testing New Mobile Uploads

This is a test of K.I.R Mobile Posting

Posted by ShoZu

Monday, January 5, 2009

BOULEVARD BATTLE OF THE BAND DAN GIG..


Hello,hello...ari sabtu tok da battle of the band yg d anjurkan oleh sidak boulevard..masuk rm 50.oo.borang penyertaan?da d atas ya,print out jak...haha...bagi yg nak menonton ya,tiket nya Rm.FREE..mun time pegi ya da bertiket,beli,mun sik da,bagusla..battle ya ari sabtu kol 1.00ptg,11 januari.ari ahad nya,baruk gig.gig ya pun start kol 1.00pm,sidak yg akan perform bersama dgn HUJAN ari ya adalah polar,love come,zass,guru,orion burn,lucille dalphian for aria dan banyak lagik...so,datang la kita rami2 ke sia..support musik tempatan kita..haha...orite...

Thursday, November 20, 2008

Skool Of Rock Ep.4 update..


pa kabar ktk urg tek?bagus?..haha...tok da lah update bagi skool of Music(atau Skool Of Rock) ep.4.. info tok di oleh dari cik pengetua skool of music, miss.Miza.

Tempat : blok c, swk tourism complex.(makamah lamak)


Masa : Kol 2.00pm - sampe abis.

Tarikh : 30.11.2008

Tiket : RM 7.00

lagik sigek,sidak pihak cik miza masih mencari band2 yg ingin join skool of rock ep 4 tok..so,mana2 band yg berminat nak join,or ada persoalan boleh call no tok.0168575029
..

libah tok borang nya.klick,copy,kakya print jak.



tok syarat-syarat nak ekot skool of music...mun rasa nak print,print.mun sa nak maca jak,baca jak la..


Bat"Din".

Saturday, October 18, 2008

Sorry..

Lambat update, sebab kesibukan staff² K.i.R, masing² ada keja dikpun, alhamdulillah blog tok masih juak Idup :-) and mungkin dalam sedikit masa lagik, ada lah stuff² baru, pic² band akan di add, insyallah. mun ada apa² nak add band² ktk org lam tok . email jak kat

Monday, August 18, 2008

About Us : Kuching Indie Rebel

Assalamualaikum & hello kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah menerokai blog komuniti muzik Kuching Indie Rebel.

Sebelum melangkah setapak ke alam kami, hayatilah sejarah tertubuhnya komuniti ini, matlamat dan objektif, pengertian muzik dalam konteks indie dan fenomena sepanjang zaman kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan semula industri muzik bebas di Kepulauan Borneo ini, yang mengkhususkan Bandaraya Kuching sebagai pentas, manakala komunititi Kuching Indie Rebel adalah pelakonnya.

Blog ini bukanlah sekadar suka-suka atau dalam erti kata lain pencarian glamour, atau lebih tepat disebut dalam konteks syok sendiri. Ia adalah sebuah dokumentasi, selain berperanan sebagai perantara untuk anda sebagai mata, telinga dan mulut serta jiwa sekiranya anda individu yang tepat seiring bersama kami dalam membangkitkan industri muzik bebas tempatan.

Terpulang kepada setiap individu untuk menilai komuniti ini sebagai sebuah komuniti muzik yang sihat atau sebaliknya.Menjadi diri sendiri dengan luahan jiwa didalam muzik ciptaannya, adalah satu cara penghayatan peribadi sesetengah individual dalam mencapai kepuasan. Namun ia tetap ada batasannya, dengan faktor-faktor budaya tempatan, adat dan kepercayaan agama masing-masing yang menjadi kelainan kepada kita sekiranya dibandingkan dengan penggiat seni Barat, yang lebih cenderung ke arah fanatik, sexism dan obsesi .

Tiada agenda politik, tiada propaganda dan tiada muslihat. Kuching Indie Rebel hanyalah platform untuk anak-anak tempatan dalam berkarya. Ia adalah pentas untuk anda, sebagai anak-anak kreatif dalam menyalurkan bakat. Kami komuniti Kuching Indie Rebel mengalu-alukan lawatan dan kedatangan anda. Semoga wujudnya komuniti ini, akan menjadi benchmark, kepada generasi-generasi seterusnya.

Cheers from Borneo Island. Salam.

Yang Betol;
Roskalas