Monday, August 9, 2010

K.I.R Ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat2 islam dalam melakukan Ibadat Berpuasa

PENGERTIAN PUASA


Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha

Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

RUKUN PUASA


Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

Imsak

Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa

Orang yang berpuasa


Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Puasa dan Seks Di Bulan Ramadan

Agak ramai pesakit saya bertanya - Apakah seks itu harus dihentikan sepanjang bulan ramadan ?

Ramai umat Islam diseluruh dunia menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan dan berebut-rebut nak buat ibadat dibulan Ramadan, konon untuk mendapatkan pahala yang berganda. Begitu juga kaum ibu turut mengejar pahala ibidat di bulan Ramadan.

Ya niat kaum ibu itu amat besar untuk mengejar pahala di bulan puasa atau bulan ramadan. Malah kaum ibu harus sedar bahawa "pahala' yang diperolehi berlipat kali ganda itu bukan hanya buat ibadah puasa sahaja, malah apa-apa amalan lain juga turut mendapat pahala yang berlipat seperti memasak untuk suami dan keluarga berbuka, imsyak, makan minum anak-anak, mengurus rumah tangga dan lain-lain tugasan rumah berupakan pahala yang besar, khusunya di bulan ramadan.

Tiba Waktu Malam

Suami mengejar Ibadah Sunat Terawih

Isteri juga tidak ketinggalan mahu pahala yang banyak dibulan ramadan - katanya hanya sekali dalam setahun !!

Satu ketika berlaku satu peperangan lalu dikumpulkan kaum muslimin untuk berperang melawan kafir, lalu datang sekumpulan wanita meminta izin dengan Rasulullah SAW katanya" Ya Rasulullah, tidak adil kaum lelaki, kamu panggil untuk berperang dan jika mereka mati, mereka menjadi syahid, mereka terus dimasukkan ke Surga, Ini tidak adil, Ya Rasululah, kami juga mahu pergi berperang dan mahu syahid juga."

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, " Wahai kaum ibu, ketahui oleh mu bahawa menjaga anak dirumah dan urusan rumah tangga juga di Fi Sabililah , dan pahalanya sama besar dengan suami mu yang pergi berjuang disisi Allah - Pahalanya sama dengan para Syuhada."

Sekarang Soal Hubungan Suami isteri Di Waktu malam Bulan Ramadan.

Si isteri mengejar-gejar pahala dan berlumba ke masjid konon untuk mendapatkan pahala yang banyak 'Solat Sunat Tarawih' sehingga terabai tugasan dirumah, anak-anak dirumah siapa yang membimbing nya ?

Benar, niat anda untuk mengumpulkan pahala amal ibadat kerana tidak mahu mesia-siakan keberkatan bulan ramadan. Sudah tentu niat anda itu tidak salah.

Tetapi bila pulang kerumah Jangan Abaikan Tugasan dan Tanggung Jawab anda terhadap Suami anda dalam hubungan kelamin atau seksual.

Kita sedia maklum bahawa di siang hari suami isteri dilarang berhubungan badan dan pada waktu malam mengejar ibadah sunnah solat terawih sehingga keletihan, tiadk ada mood, malas mengantuk dan menepikan hubungan seksual suami.

Ya, hai kaum ibu, ibadah puasa itu wajib dan ada lagi satu tanngungan jawab besar kamu yang wajib ditaati. Bila suami kamu mengajak kamu berhubungan badan, kamu tidak boleh menolaknya walaupun diatas unta ! Saya rasa ayat ini semua kita sudah ketahui bila menghadiri kursus kawin sebelum bernikah.

Kenapa kamu tidak menghayati hadis ini ?

Kenapa kamu mengutamakan satu ibadah sunnah sedangkan kamu mengabaikan satu lagi ibadah sunnah yang juga besar pahalanya iaitu hak suami isteri. Hak Allah wajib kita tunaikan diwaktu siang hari dan hak pasangan anda juga wajib kita tunaikan dalam hubungan suami isteri, diwaktu malam hari.

Jika kita mengumpulkan pahala dibulan ramadan, hubungan suami isteri waktu malam dibulan maradan juga memberi kita pahala.

Berdosa besar jika si isteri tidak melayan kehendak suami, kita khuatir 'kalau-kalau' pahala yang dibuat sia-sia kerana anda menepikan kehendak suami - itu kan juga ibadah.

Begitu juga sebaliknya.

Walaupun hanya sekadar hubungan suami isteri , seksual atau mesra-mesraan, namun kita harus ikhlas dalam melakukannya. Jika tidak sia-sia sahaja, pahala tidak dapat, malah berdosa dan yang dapat hanya letih semata-mata

Walahualam.

Semoga berpuasa & Selamat berpuasa! puasa jgn escape dari puasa :)


No comments:

Post a Comment