Tuesday, July 22, 2008

Dari Sillhoutte kepada Silwayd



Salam kepada pecinta musik,

Buat pengetahuan kalian, kugiran pop Borneo Silhoutte secara rasmi dan sebulat suara telah membuat keputusan untuk menukar ejaan asal nama kugiran mereka; Sillhoutte kepada Silwayd. Ia untuk memudahkan para kalian dalam sebutan nama kugiran ini. Sehubungan dengan itu juga, Silwayd kini dalam proses rakaman untuk EP (extended play) mereka yang akan datang. Dalam EP tersebut akan dimuatkan 6 trek, termasuk 3 trek yang diambil dari demo sebelumnya, namun diberi nafas baru untuk keselesaan pendengar. Insyallah, akan rilis sebelum tahun 2009, sekiranya tiada apa halangan. Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi mereka, www.myspace.com/silwayd.
Di bawah ini adalah video rakaman basking Silwayd. Semoga terhibur. Sokongan dari saudara amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Goodboy


No comments:

Post a Comment