Saturday, September 6, 2008

Selamat Berpuasa Dari K.I.R Staff

Assalamualaikum kepada umat Islam yang sedang memunaikan ibadah puasa. Kami dari Kuching Indie Rebel mengucapkan Selamat Berpuasa!!!

Sik lamak gik raya, di bulan ramadhan tok, semua perkembangan music di Kuching ada slow skit, biasalah.. posa!!! memang ada sesetengan band² tengah practise pada malam² di studio sekitar kuching, yalah, jangan kita pikir puasa lalu semua mok slow, sik juak... kita mesti pandey² membahagikan masa, upcoming gig and Skul of Rock 4 (battle of the band) pun di adakan lepas raya kelak, soo time tok kita ngambik kesempatan untuk 'sidetrip' skit, kita kelakar pasal bulan yang mulia tok, pada kawan² yang non muslim, sila lah memahami kawan² yang muslim dan bulan mulia bagi Muslims. Tok ada lah skit sebanyak yang kamek orang nak paparkan aktivity pada bulan ramadhan...


Things to do..
  1. Berpuasa (mestilah)
  2. Solat Terawikh (banyak miak escape tok.. Peringatan: rugi besar sik terawikh)
  3. Banyakan bersedekah (walaupun senyuman)
  4. Membayar Zakat (jangan sik bayar)
  5. Baca Quran (sapa yang pandey ngaji), Belajar maca Quran (sapa yg malas ngaji, insyallah terang hati di bulan mulia tok)
  6. Nulong ngecat rumah (jangan tandah bapak jak ngecat, sapa golongan yang mampu ya ngupah orang ngecat, jadi mandor jak lah)
  7. Membersih kawasan rumah (bila raya kelak sik malu, girlfriend or boyfriend naggar rumah bersih. Mun nemu dak tin and besi ya gumpul kan, pat jual pakey meli kasut raya. Perempuan boleh tolong mak molah kuih or biskut raya, ngias rumah)
  8. Mun ada masa free ya practise and cuba create something new dalam music (molah lagu pasal bulan ramadhan ka, lagu raya ka, lagu nasyid ka.. hehehee...)
  9. Brainstorming dalam dikalangan band member pasal apa next plan, pa nak polah lepas raya, show ney nak ekot, etc²...
  10. Last but not least, carik duit cara halal pakey meli barang raya!!! sapa nok ada duit ya, plan ahead apa nak di polah dengan duit ya, jangan membazir.
soo far ya jak ada lam utak ku sik banyak lah, cukup untuk membina kita jadi seorang insan yang mulia. At least sejok ati orang tua naggar, girlfriend or boyfriend pun suk juak naggar.

Tapi ingat!!!, ada juak benda negatif yang kita mesti hindarkan. Tolonglah, janganlah kotorkan kemuliaan bulan yang mulia tok, aku akan list kan benda² yang glamer gilak di polah manusia pada bulan puasa.

Not to do!!!
  1. Sik posa!!! (tok nang glamer, posa yok²lah apa lah...)
  2. Nanggar rempuan dari A to Z + imagine gik ya= BATAL POSA!!! (jangan cuba nak ngecek longkang rempuan sama kejakah, belajarkah, ingat ya..=BATAL)
  3. Merokok (ada manusia nok sik tahan ya, betapok-tapok merokok= BATAL!!!)
  4. Posa yok-yok (maksudnya: eksen posa, tapi di belakang orang makan curi²=KOMPIDEN BATAL AND DOSA NGAN TUHAN)
  5. Beronani , DIJAMIN BATAL (sik boleh merik mandi 'anak pusak' , nanggar website porn, etc².. mun dapat tahan lok nafsu ya.)
  6. Datang Kenjar = MAKRUH (pegang tangan gerek, ngator tudong gerek, Round ngan gerek makey motosikal.. mun dapat hindarkan, boleh membatalkan puasa)
  7. Chit-Chat pasal orang, nganok orang dari belakang =MAKRUH (gossip la.. sapa nok suka naggar gossip girl ya, dah gik naggar cita ya, ya melatih kita jadi pengossip, rempuan... watch out k..)
  8. Menyumpah atau melaknat insan yang lain = BOLEH MEMBATALKAN (jaga skit mulut ya.. mun dapat boh kelakar.)
  9. Berjudi = BATAL (ada orang tok, makin bulan posa makin kuat berjudi, pa tek nak carik duit pakey raya, ya nang salah, DUIT HARAM=BARANG HARAM, BARANG HARAM=SIK BERKAT HIDUP)
  10. Mencuri = NANG BATAL (dah lah membatalkan puasa, salah dari agama gik ya, mun zaman rasul dolok dah kenak potong tangan dah. + kenak kick dari masyarakat gik ya)
Soo kepada kawan² yang membaca tok, harap² lah ingat di dalam otak kita supaya berfikir dengan waras, ambik contoh bait buang contoh jahat, hormati bulan yang mulia tok k. kitak orang dah tua bangka, kitak orang dah patut membentuk diri jadi bagus di khalayak ramai, atlest orang sik beranggapan kita tok main music pada genre kita, kita jahat, useless.. banyak bah orang beranggapan negatif terhadap kita. Ya realiti dalam scene kita. Be wise to choose your path k.

O.K, aku ada sigek segment gik yang kitak orang mesti suka di bulan Ramadhan tok!!! iaitu...

BERBUKA PUASA @ SUNGKEY!!!



ikan bakar adalah makanan kegemaran pada bulan Ramadhan

Apalagik, tempat mesti pergi ialah Bazaar Ramadhan. Tempat top 3 yang aku selalu pegi:

  • Satok (rami manusia. paling banyak pilihan)
  • Semarak (boleh tahan rami. banyak pilihan)
  • Astana (dekat sekolah rendah encik buyong. boleh tahan juak rami, barang makan nyaman²)
p/s: jangan naggar rempuan jak...

kat dibah tok ada sedikit gambar yang boleh membuka selera kawan² dan insyallah sedikit sebanyak memberi idea apa nak di beli petang².


my favorite!!! kat satok paling best, carik nok fresh, jangan meli nok ari marek pun.


mee goreng and kuey tiow goreng, kat satok juak bess, area tengah²


Satay and ketupat (kat Astana and satok Best@ Rex satay)


Kuey tiow Hong Kong, paling nyaman di "Berambeh Makan Di Wannie"
sik jauh ngan liwah hotel, seberang ya jak.



kebab dan makanan bergoreng cth: keripap, cucur rodey, popiah etc².

dari staff K.I.R: "SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA"

Sedikit Sabda dari Rasulullah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Antara keistimewaan puasa ramadhan ialah Allah akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi dari amalan-amalan lain sehingga Allah sendiri yang akan menentukan kadar pahala itu di akhirat.

2. Puasa adalah merupakan ibadat yang paling hampir dengan Allah iaitu bagi mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.

3. Dua kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang berpuasa;
i) Gembira ketika berbuka puasa dengan hidangan yang lazat apatah lagi semasa perut sedang lapar dan dahaga.
ii) Gembira kerana akan dapat menemui dan melihat Allah di dalam syurga kelak. Dan inilah nikmat yang agung yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.

Ikhlas dari Editor
Dioxcite69

1 comment:

  1. sedapnya... kalau dpt makan dgn korang lg best... indu ar dkt korang K.I.R crew... aku balik kuching krismas nanti. hope we can spend time together

    ReplyDelete